JOHOR BAHRU - Penduduk yang tinggal di kawasan rendah dan berdekatan dengan sungai terutama di Mersing, Kluang, Kota Tinggi dan Johor Bahru diingatkan agar bersiap sedia menghadapi banjir susulan amaran hujan peringkat waspada dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia).
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Johor dalam satu kenyataan memaklumkan empat lembangan sungai di negeri ini berisiko melimpah dan berlakunya banjir, jika hujan lebat berterusan.