MAIPk bantu pasangan suami isteri hidup daif

Iklan
Keratan akhbar Sinar Harian

TAIPING - Pasangan suami isteri yang tinggal di ruang belakang sebuah rumah tinggal di Kampung Baru, Jalan Tokong India, Kamunting di sini akan berpindah ke sebuah rumah sewa bagi menjalani kehidupan lebih selesa.

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) dalam satu kenyataan berkata, pihaknya dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) telah mengenal pasti sebuah rumah sewa di Kampung Jana Baharu di sini sebagai penempatan sementara buat Marzuki Abdul Manaf, 57 dan Aida Ahmad, 33.

Iklan
Iklan

"Hasil ziarah yang dilakukan pada 22 Disember lalu mendapati keadaan rumah pasangan tersebut berada dalam keadaan daif dan tidak selamat didiami.

"Pemilik rumah tersebut memberi kebenaran tinggal tanpa dikenakan sebarang bayaran, namun ingin mengambil semula rumah tersebut," katanya.

Iklan

Jelasnya, pihak Pejabat Daerah dan Tanah Larut Matang dan Selama akan mempertimbangkan kelulusan untuk menempatkan pasangan itu di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Changkat Larah, Kamunting.

Kata MAIPk, pihaknya meluluskan Bantuan Kewangan Bulanan Zakat Fakir Miskin sebanyak RM500 sebulan setelah didapati pasangan tersebut tidak mempunyai pendapatan tetap.

Iklan

"Marzuki yang sebelum ini bekerja sebagai tukang kebun kini tidak lagi bekerja kerana perlu menjaga isteri yang sakit gout, darah tinggi, talasemia dan saraf selain bergantung sumbangan bapa mentua sebanyak RM150 sebulan.

"Pihaknya meluluskan Bantuan Kecemasan Zakat Fakir Miskin MAIPk sebanyak RM600 dan bantuan pek makanan berserta beras fidyah," katanya.

Sinar Harian pada Rabu melaporkan kesempitan hidup pasangan suami isteri berkenaan yang terpaksa menjadikan rumah tinggal sebagai kediaman mereka sejak empat tahun lalu.