SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan memperuntukkan RM39.6 juta membabitkan 88 projek bagi tujuan membaik pulih infrastruktur yang terjejas akibat banjir di negeri itu, kata Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.
Beliau berkata, ia merangkumi 27 projek baik pulih cerun dianggarkan berjumlah RM25.2 juta, 24 projek jambatan (RM9.7 juta), 24 projek jalan raya (RM2.9 juta) serta 13 projek lain-lain pembaikan berkaitan seperti longkang atau pembentung berjumlah RM1.7 juta.