Tidak cukup kaunter, punca jemaah tunggu 5 jam: KJ

Iklan
Khairy Jamaluddin

SHAH ALAM - Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menjelaskan bahawa kekurangan kaunter untuk proses pemakaian peranti pengesanan digital punca kira-kira 500 jemaah umrah terpaksa menunggu lebih lima jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Ujar beliau, selepas melihat perkara tersebut, beliau membuat keputusan untuk mengeluarkan jemaah tersebut dan mewajibkan mereka memakai gelang pink.

Iklan
Iklan

"Dan saya telah maklumkan sehingga syarikat yang mengendalikan (peranti pengesanan digitial) tidak dapat buat (kaunter) dengan cepat, kita masih lagi akan guna gelang pink.

"Tetapi saya difahamkan hari ini atau esok, mereka akan tambahkan kaunter, jadi tidak akan ada masalah,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian dalam program wawancara khas melalui siaran di Facebook Umno Online pada Khamis.

Pada Rabu, media melaporkan satu video tular melibatkan jemaah umrah yang baru pulang dari Arab Saudi tidak berpuas hati apabila terpaksa menunggu lebih lima jam di KLIA.

Iklan

Mengulas lanjut, Khairy Jamaluddin berkata, pemakaian peranti pengesanan digital kepada jemaah yang pulang daripada Arab Saudi itu amat penting kerana kebanyakkan kes Covid-19 di negara ini yang melibatkan varian Omicron adalah daripada Mekah.

Justeru itu, menurutnya, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terpaksa mengambil langkah berhati-hati bagi memastikan kes Covid-19 varian Omicron di negara ini tidak meningkat.

"Kita purata setiap hari ada 1,000 orang yang balik daripada Arab Saudi.

"Kebanyakkan kes import Omicron di Malaysia yang kita dah ‘sample’ (kaji) adalah dari mereka yang pulang dari umrah.

"Sekarang ini saya difahamkan Arab Saudi pun sudah keluarkan kenyataan di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, mereka akan jarakkan semula saf,” ujarnya.

Sementara itu, beliau berkata, beberapa sekatan baru mungkin akan diumumkan olehnya jika situasi kes Omicron dalam negara bertambah buruk.

Katanya, ia berikutan kadar kebolehjangkitan varian Omicron adalah lebih tinggi berbanding varian-varian sebelum ini.

"Apa yang saya tahu ialah sekiranya jangkitan kita meningkat, maka jumlah yang akan masuk ke hospital juga akan meningkat.

"Itu yang kita nak elak. Tekanan kepada sistem kesihatan kita sehingga hospital kita lumpuh.

"Senang kata, tidak ada katil lagi dah sebab cepat sangat (merebak) macam bulan Ogos lepas,” jelasnya.