[VIDEO] Lelaki ditemukan lemas di jambatan Sri Damai

Iklan
Mayat mangsa ditemukan di tebing Sungai Belat oleh orang awam pada Khamis.

KUANTAN- Mayat seorang lelaki yang dilaporkan hilang di jambatan Sri Damai, Sungai belat di sini ditemukan lemas dan tersangkut pada tebing sungai itu, kira-kira jam 8.10 malam, Khamis.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, mayat Mohd Firdaus Supiardi, 28, ditemukan kira-kira tiga kilometer dari lokasi terakhir disyaki hilang.

Iklan
Iklan

"Pasukan bomba mula operasi membawa naik mayat mangsa dengan mengunakan satu bot fiber selepas dimaklumkan penemuan mayat itu.

"Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis dan dihantar ke hospital Tengku Ampuan Afzan untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Iklan

Pada 18 Disember lalu, Mohd Firdaus dari Jaya Gading dilaporkan dihanyutkan arus deras di jambatan Sungai Belat di Kampung Sri Damai, di sini.

Ismail memaklumkan operasi itu melibatkan 10 pegawai daripada Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas.

Iklan