Manchester United tenang lepasi ranjau penghujung tahun Burnley

Iklan
Ronaldo antara pencetak gol Manchester United di Old Trafford.

GERGASI Liga Perdana Inggeris (EPL) Manchester United naik ke tangga keenam liga hasil kemenangan 3-1 ke atas Burnley di Stadium Old Trafford pada Jumaat sekali gus mengekalkan permulaan tanpa kalah di bawah pengurus sementara Ralf Rangnick.

Dengan kemenangan itu, United mengatasi Tottenham Hotspurs untuk kelompok keenam dengan 31 mata di bawah West Ham United di tangga kelima manakala Burnley kekal di tempat ke-18 dengan 11 mata.

Iklan
Iklan

Rangnick membuat enam pertukaran kepada pasukan selepas aksi buruk berdepan Newcastle United sebelum ini dengan Edinson Cavani mengetuai serangan bersama Cristiano Ronaldo.

Burnley, yang tiga perlawanan terakhir ditangguhkan kerana kes Covid-19 dalam kalangan lawan mereka, hadir ke laman lawan tanpa empat tonggak yang positif Covid-19 termasuk penjaga gol Nick Pope, manakala penyerang utama Maxwel Cornet diketepikan kerana kecederaan.

Iklan

Tuan rumah membuka akaun gol awal pada minit kelapan hasil jaringan Scott McTominay sebelum jaringan sendiri kapten The Scarlet, Ben Mee menewaskan Wayne Hennessey.

United, bermain dengan formasi 4-4-2 menyerang, terus melebar jaringan menerusi Ronaldo pada minit ke-35 sebelum usaha solo bekas sayap Tottenham, Aaron Lennon, memanfaatkan kealpaan Eric Bailly pada minit ke-38', bagi menewaskan David De Gea.

Iklan

Keputusan itu juga menyaksikan Manchester United mengumpul 14 mata daripada enam perlawanan terakhir The Red Devils (empat kemenangan,dua kekalahan), semasa dibawah seliaan

Michael Carrick dan Ralf Rangnick, 10 mata dalam enam perlawanan terakhir semasa dikemudikan Ole Gunnar Solskjaer (satu menang, satu seri, empat kekalahan).


KEPUTUSAN


Manchester United 3-1 Burnley

McTominay (8')

Mee (27')

Ronaldo (35')

Lennon (38')