Henti kritik, sama-sama bantu selesai isu banjir: Abdul Hadi

Iklan
Abdul Hadi

MARANG - Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang meminta semua pihak berganding bahu bersama kerajaan dalam mendepani bencana banjir yang melanda negara ketika ini.

Beliau berkata, sekarang bukan masanya untuk saling menyalahkan antara satu sama lain sebaliknya masa untuk sama-sama bekerja membela golongan yang terjejas akibat bencana itu.

Iklan
Iklan

"Saya tertarik dengan usaha kerajaan yang bergabung bersama badan bukan kerajaan (NGO), turun ke lapangan bekerja bersungguh-sungguh.

"Kita perlu sedar bahawa bencana alam ini tidak diduga. Apabila tidak diduga biasanya akan wujud kelemahan. Jadi, jangan tumpu kelemahan itu untuk kritik atau hentam. Sepatutnya tolong selesaikan kelemahan itu," katanya.

Iklan

Banjir besar yang melanda Lembah Klang, beberapa daerah di Selangor, Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka hingga menjejaskan lebih 63,000 mangsa sebelum ini menjadi tumpuan seluruh rakyat negara ini.

Isu berkenaan menjadi hangat setelah ramai pihak tampil mempersoalkan kecekapan pihak keselamatan dalam menyelamatkan mangsa yang terjejas.

Iklan