Pencemaran kimia: Penduduk panik dapatkan rawatan

Iklan
Penduduk panik mendapatkan rawatan walaupun sakit biasa seperti batuk dan selesema.

PASIR GUDANG - Bukan semua pesakit yang hadir di Pusat Saringan Dewan Komuniti Taman Pasir Putih di sini sakit akibat pencemaran kimia di Sungai Kim Kim.

Pegawai Kanan Program Mercy Malaysia, Muhammad Abdullah Abd Wahab berkata ada yang hadir bagi mendapatkan rawatan kerana panik akibat sakit biasa seperti batuk dan selesema.

Iklan
Iklan

"Bukan semua yang datang adalah kes pencemaran kimia. Ada yang datang sebab sakit biasa atau panik bila terasa ada simptom disebutkan.

"Untuk suasana hari ini, apabila waktu tengah hari kita dapat lihat selang 10 minit pasti ada pesakit yang agak serius hingga diusung atau ditolak dengan kerusi roda sama ada pengsan atau terlalu sakit dada," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Pusat Saringan Dewan Komuniti Taman Pasir Putih, hari ini.

Mercy Malaysia menghantar kepakaran tujuh sukarelawan terdiri daripada doktor dan jururawat yang memulakan tugas awal pagi ini.

Iklan

Mercy Malaysia menghantar kepakaran tujuh sukarelawan terdiri daripada doktor dan jururawat yang memulakan tugas awal pagi ini.

Menurutnya misi bantuan bagi kes pencemaran kimia merupakan pertama kali disertai.

Iklan

"Misi bantuan untuk kes pencemaran kimia ini memang pertama kali kami sertai dan tak silap saya ia tak pernah berlaku di Malaysia.

"Di sini kita lebih kepada memberi bantuan dan sokongan kemahiran kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kita saring pesakit," katanya.

Mengulas situasi semasa berkaitan pencemaran kimia di sini, Abdullah berkata keadaan kelihatan masih terkawal.

Katanya, Mercy Malaysia akan menghulurkan kepakaran selagi diperlukan di sini.

Difahamkan, Mercy Malaysia turun akan menurunkan pakar psikologinya bagi membantu mangsa untuk jangka panjang dan pendek.