Jambatan ditenggelami banjir, bomba bantu pindah jenazah

Iklan
Pasukan Bomba dan Penyelamat Kuala Krai bertindak di luar kebiasaan dalam membantu operasi banjir dengan mengusung dan membawa jenazah keluar selepas jambatan ditenggelami air di Kampung Sungai Pas, Kuala Krai pada Jumaat.

KUALA KRAI - Pasukan Bomba dan Penyelamat Kuala Krai membantu dalam pengurusan jenazah seorang penduduk kampung susulan jambatan di Kampung Sungai Pas di sini, ditenggelami air pada Jumaat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Penolong Penguasa Bomba Muhammad Rizuan Ar-Rafee Parsimin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.22 pagi.

Iklan
Iklan

"Seramai tujuh anggota bergegas ke lokasi untuk mengambil sampel (pada mayat) bagi tujuan ujian saringan Covid-19.

"Selepas mendapat keputusan ujian (negatif), pasukan bomba sekali lagi ke lokasi untuk operasi memindahkan jenazah ke masjid bagi proses pengendalian," katanya dalam kenyataan, pada Jumaat.

Iklan
Proses membawa jenazah keluar turut dibantu anggota PDRM.

Menurutnya, proses tersebut turut dibantu oleh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Katanya, operasi tamat sepenuh pada jam 1.47 petang.

Iklan