Jahidah sudah dibenarkan pulang

Iklan
Jahidah terpaksa dibedah selepas terdapat jangkitan kuman pada pembedahan melahirkan anak sebelum ini. Tangkap layar video yang dikongsi Fauziah di akaun TikTok.

SEREMBAN - Selepas sebulan dirawat di hospital, wanita mangsa keganasan rumah tangga, Jahidah Nordin, 43, telah dibenarkan pulang pada Khamis.

Jahidah telah dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban dan selamat melahirkan bayi lelaki secara pembedahan pada 30 November lalu.

Iklan
Iklan

Bagaimana pun dia terpaksa ditahan di wad kerana luka pembedahannya masih belum kering dan memerlukan pemantauan doktor.

Adiknya, Fazariah Nordin, 38, berkata, keadaan Jahidah masih sama, tiada sebarang perubahan dan perlu dipantau dari masa ke masa.

Iklan

"Ya, kakak dah keluar hospital semalam. Masih kena pantau lagi luka kakak akibat pembedahan sebelum ini.

"Luka dia kena jahit balik dua hari lepas, belum kering lagi itu yang masih dalam pemantauan," katanya kepada Sinar Harian menerusi WhatsApp pada Jumaat.

Iklan

Berita gembira itu turut dikongsi seorang lagi adik Jahidah iaitu Fauziah Nordin, 40, menerusi video yang dikongsi di akaun Tik Tok@ziahzara5.

"Bila letak Nufail kat riba ibu dia.. hati sendiri sebak nampak kakak mengalir air mata.. dia tak mampu nak peluk, nak cakap.. Nufail elok je senyap bila kami letak kat dada ibu dia.

"Sebak... diri sendiri tak boleh tahan mengalir air mata lihat baby dan ibu.. Terima kasih doktor, nurse, semua yang bantu jaga kakak dengan baik..," kongsinya.

Dalam kejadian pada 4 Mei lalu, Jahidah yang menetap di Johor Bahru koma kerana mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala mengakibatkan tengkorak terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak dipukul suaminya yang berusia 38 tahun.

Jahidah pada mulanya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dan kemudian dipindahkan ke HTJ Seremban atas permintaan keluarga dan nasihat pihak hospital.

Pada 17 Jun lalu, suami mangsa, Rosmaini Abd Raof mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor atas pertuduhan memukul isterinya yang hamil sehingga koma dalam kejadian pada 4 Mei lalu.