Penamatan rangkaian 3G dikhuatiri cetus panik

Iklan
Mohamad Yusrizal

ALOR SETAR - Penamatan sepenuhnya rangkaian 3G pada 31 Disember 2021 dikhuatiri mencetuskan suasana panik dalam kalangan pengguna telefon bimbit atau peranti 3G di seluruh negara.

Setiausaha Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM), Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, tidak dinafikan kebanyakan pengguna telah beralih kepada rangkaian 4G.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, Mohd Yusrizal berkata, ini bukan bermakna sudah tiada langsung pengguna telefon bimbit atau peranti 3G memandangkan masih ada yang menggunakan rangkaian 3G.

"Jadi, kita bimbang sebaik rangkaian ditamatkan sepenuhnya pada Jumaat maka ia akan menyebabkan ada pengguna rangkaian 3G yang terkesan dan tidak dapat menggunakan perkhidmatan seperti biasa.

Iklan

"Buat masa ini, tiada yang mengadu memandangkan mereka masih boleh mengunakan perkhidmatan 3G seperti biasa namun kita bimbang ramai yang akan panik apabila rangkaian itu sudah tidak ada pada Sabtu," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Menurutnya, pengguna yang tidak beralih ke rangkaian 4G akan terjejas apabila peranti berkenaan tidak dapat memberi liputan seperti biasa apabila ia di 'downgrade' kepada rangkaian 2G.

Iklan

Beliau berkata, segelintir masyarakat yang tidak sedar ataupun tidak mengetahui bahawa rangkaian 3G ditamatkan dibimbangi akan terkejut dan keluh-kesah apabila tidak boleh menggunakan capaian 3G.

"Sehubungan itu, kita berharap pihak berkenaan dapat mempertimbangkan penamatan rangkaian 3G dengan menangguhkan dahulu perancangan itu sekiranya penutupan perkhidmatan ini akan mencetuskan panik," ujarnya.