Jangan ‘lacurkan’ pendidikan negara: Bawani

Iklan
Bawani KS - Foto: Sharifudin Abdul Rahim

SHAH ALAM - Tindakan kerajaan menswastakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pada tahun 1997 lalu menjadi antara punca sektor pendidikan negara ‘dilacurkan’.

Timbalan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) Bawani KS berkata, ini kerana tindakan itu telah membuka peluang kepada pihak swasta untuk campur tangan sekaligus mengaut keuntungan semata-mata.

Iklan
Iklan

Katanya lagi, kerjasama dengan bank-bank komersial dan melantik individu yang berkepentingan telah menjadikan PTPTN sebagai satu perniagaan dan akhirnya rakyat yang terpaksa menanggung beban.

"Kita dapat lihat selepas keputusan itu diambil (swastakan PTPTN) seolah-olah pendidikan hendak disamakan dengan komoditi yang boleh memberi keuntungan.

Iklan

"Adakah pendidikan sama dengan sebuah kereta, sama dengan sebuah rumah?. ianya tidak kerana pendidikan merupakan satu keperluan asas.

"Sewajarnya pendidikan tidak boleh diniaga, tetapi itulah yang berlaku sejak dahulu sehingga kini. Maaf kalau saya cakap bahawa sektor pendidikan telah dilacurkan.

Iklan

"Kerajaan harus sedar bahawa pendidikan merupakan satu keperluan asas dan menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan perkara itu terlaksana,”katanya pada Wacana Sinar Harian ke-94 membincangkan topik PTPTN: Bayar Ke Tak? di Dewan Karangkraf di sini, hari ini.