KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat tahun baharu dan menyelitkan doa untuk kesejahteraan rakyat dan negara.
"Semoga dilimpahi keberkatan dan dilindungi daripada sebarang bentuk musibah serta dikurniakan kemakmuran, perpaduan dan keharmonian yang berkekalan,” zahir Seri Paduka berdua menerusi catatan di laman Facebook Istana Negara.