JOHOR BAHRU - Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) sedang menjalankan siasatan berhubung beberapa gambar dan video tular di media sosial hari ini yang memaparkan sekumpulan individu didakwa penjawat awam di sebuah klinik kesihatan di negeri ini melanggar prosedur operasi standard (SOP) dalam satu majlis.
Pengarah Kesihatan Johor Datuk Dr Aman Rabu berkata, pihaknya juga sedang mengenal pasti individu yang terlibat dan tindakan akan diambil terhadap mereka.