Pelakon 'The Golden Girls' Betty White meninggal dunia

Iklan
Betty White meninggal dunia pada usia 99 tahun. - Foto AP

AKTRES veteran Hollywood dan bintang siri televisyen 'The Golden Girls' Betty White meninggal dunia pada usia 99 tahun.

Kematian White disahkan agennya Jeff Witjas pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Tiada sebarang kenyataan dikeluarkan mengenai punca kematiannya.

White yang dilahirkan di Illinois pada 1922 memulakan karier di platform radio pada lewat 1930-an.

Iklan

Mendiang kemudian membuat kemunculan pertama di televisyen pada tahun 1939.

Sitkom"The Golden Girls" adalah antara siri yang mempopularkan namanya. - Awani

Iklan