Semua PPS di Selangor ditutup sepenuhnya: MB
Iklan
Semua PPS banjir di Selangor ditutup sepenuhnya pada jam 11.59 malam pada Jumaat. - Gambar hiasan
SHAH ALAM - Semua pusat pemindahan sementara (PPS) banjir di negeri ini ditutup sepenuhnya pada jam 11.59 malam pada Jumaat.
Iklan
Iklan
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, semua mangsa banjir juga sudah pulang ke rumah masing-masing.
Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada petugas, sukarelawan, agensi kerajaan negeri Selangor dan Persekutuan, pihak berkuasa tempatan (PBT), badan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat awam yang banyak membantu.
Iklan
"Terima kasih atas budi dan jasa membantu mangsa banjir.
"Kita akan bangkit dari episod duka ini untuk membangun semula negeri yang kita cintai," katanya dalam kenyataan di Facebook beliau pada Sabtu.
Iklan
Hantaran Amirudin di Facebook beliau pada Sabtu.
Pada Jumaat, sebanyak tiga daerah masih lagi terkesan akibat banjir dengan lima PPS masih dibuka membabitkan seramai 479 mangsa daripada 134 keluarga.
Banjir melanda Selangor disifatkan luar biasa apabila kebanyakan kawasan dinaiki air, malah penduduk di beberapa kawasan terpaksa berlindung di bumbung rumah dan surau.
Selain itu, jalan-jalan utama juga terpaksa ditutup berikutan paras air tinggi hingga ada dalam kalangan mereka terperangkap sama ada di kediaman atau di dalam kenderaan di jalan-jalan utama dinaiki air.
Info Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan seramai 21,385 mangsa banjir daripada 5,510 keluarga pernah direkodkan di daerah terbabit.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Naik taraf dua ke empat lorong selesaikan isu kesesakan jalan raya - Armizan" /><meta itemprop="description" content="Naik taraf dua ke empat lorong selesaikan isu kesesakan jalan raya - Armizan
Peningkatan ketara jumlah kenderaan yang menggunakan laluan Jalan Lok Kawi-Sabindo memerlukan jalan raya tersebut dinaik taraf daripada dua lorong kepada empat lorong, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, menaik taraf laluan tersebut kepada empat lorong antara dua cadangan projek yang telah diluluskan Perdana Menteri di bawah Parlimennya termasuk membina laluan alternatif bagi mengelak kesesakan jalan di jambatan Papar.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/695645/edisi/sabah-sarawak/naik-taraf-dua-ke-empat-lorong-selesaikan-isu-kesesakan-jalan-raya---armizan
#SinarHarian #BeritaSemasa #naiktarafjalan #ArmizanMohdAli" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-11-09T11:19:06.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/XKnbA1dBqKg6rL-EY/x120" /><meta itemprop="duration" content="P152S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.html?video=x98vbre" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.js" data-video="x98vbre"></script>