TASHKENT - Kejadian letupan gas di sebuah rumah mandian di wilayah timur Fergana di Uzbekistan telah mengakibatkan tiga terbunuh dan mencederakan empat yang lain, menurut Kementerian Kecemasan Uzbek pada Jumaat.
Letupan itu mengakibatkan bumbung rumah mandian runtuh dan pasukan kecemasan diarah menjalankan operasi menyelamat, Xinhua memetik kementerian sebagai berkata.