Pulang umrah: Individu kuarantin tidak boleh terima kunjungan

Iklan
KKM menasihatkan semua jemaah yang baru pulang dari Tanah Suci dan sedang menjalani kuarantin di rumah ketika ini supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan tatacara kuarantin yang ditetapkan. Gambar hiasan

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan semua jemaah yang baru pulang dari Tanah Suci dan sedang menjalani kuarantin di rumah ketika ini supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan tatacara kuarantin yang ditetapkan.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kepatuhan itu penting bagi mengelak berlakunya penularan jangkitan Covid-19 terutamanya membabitkan varian Omicron.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, individu yang dikuarantin tidak dibenarkan menerima kunjungan daripada ahli keluarga, sahabat handai dan jiran tetangga dalam tempoh menjalani isolasi itu.

"KKM ingin menasihatkan semua jemaah yang baru pulang dari Tanah Suci dan sedang menjalani kuarantin di rumah atau kediaman, supaya mematuhi SOP dan tatacara kuarantin yang ditetapkan termasuk tempat dan tempoh kuarantin.

Iklan

"Kegagalan untuk mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Pegawai Diberi Kuasa di bawah seksyen 3 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) boleh dikenakan tindakan perundangan di bawah akta yang sama,” katanya dalam sidang akhbar khas di kementeriannya di sini pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, kebanyakan jemaah yang pulang mengerjakan umrah telah memohon menjalani kuarantin di rumah atau tempat kediaman sepanjang tempoh tujuh hari kuarantin.

Iklan

"Namun apabila berlaku tidak kepatuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, kes-kes positif Covid-19 dalam kalangan jemaah umrah telah menyebabkan berlakunya penularan jangkitan dalam kalangan ahli keluarga,” katanya.

Justeru jelas beliau, orang ramai diingatkan agar sentiasa mengamalkan norma baharu dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

"KKM juga menyarankan kepada individu yang layak menerima vaksin Covid-19 supaya mendapatkan dos penggalak bagi mencapai tahap perlindungan optimum serta mengelakkan gejala jangkitan yang teruk serta komplikasinya,” katanya.