JOHOR BAHRU - Seorang kru kapal warga tempatan diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) selepas dilaporkan terkena renjatan elektrik di atas kapal pada kedudukan 5.1 batu nautika timur laut Tanjung Piai, pada Jumaat.
Pengarah Maritim Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.15 malam berkenaan seorang kru kapal dagang yang tidak sedarkan diri akibat terkena renjatan elektrik sewaktu berada di atas kapal dagang tersebut.