Tinjauan Sungai Kelantan

Iklan


Orang ramai melihat keadaan paras air Sungai Kelantan berhampiran Tambatan Diraja ketika tinjauan Bernama, hari ini.

Kawasan sekitar Tambatan Diraja dinaiki air berikutan Sungai Kelantan di lokasi tersebut berada pada paras 3.51 meter atau melepasi paras berwaspada.

Menurut portal rasmi info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui https://publicinfobanjir.water.gov.my, melaporkan hanya satu sahaja sungai utama di Kelantan berada pada paras bahaya iaitu Sungai Kelantan di Kuala Krai merekodkan bacaan 25.10 meter.

Jumlah mangsa banjir di Kelantan mencatatkan penurunan setakat 12 tengah hari ini, apabila seramai 482 orang daripada 154 keluarga berbanding 1,129 orang daripada 363 keluarga, pagi tadi. - Foto Bernama