Banjir: Dua jalan ditutup di Segamat

Iklan
Jalan Bangas dan Jalan Jabi Kampung Bukit Tempurong ditutup kerana banjir. - Foto JKR Johor

JOHOR BAHRU - Jalan Jabi Kampung Bukit Tempurong dan Jalan Bangas di Segamat ditutup kepada semua jenis kenderaan susulan paras air naik kira-kira 0.5 hingga 0.6 meter.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor, Mohd Solihan Badri berkata, Jalan Jabi Kampung Bukit Tempurong ditutup pada 10 pagi Sabtu, membabitkan keluasan kawasan kira-kira 1,000 meter dan kedalaman air 0.5 meter.

Iklan
Iklan

"Jalan Bangas ditutup pada jam 10 pagi pada Sabtu selepas air naik 0.6 meter melibatkan kawasan kira-kira 100 meter. Orang ramai boleh menggunakan jalan alternatif, Jalan Kuala Paya Balai Badang.

"Berdasarkan maklumat, antara faktor menyumbang kepada laluan dinaiki air ialah hujan berterusan. Justeru kedua-dua jalan terpaksa ditutup bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku," katanya dalam kenyataan, pada Sabtu.

Iklan

Menurut Solihan, papan tanda amaran banjir dan jalan ditutup diletakkan di lokasi laluan yang ditutup dan pemantauan berterusan akan dilakukan Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor dan daerah Segamat.

"Pengguna jalan raya diingatkan sentiasa peka dengan perkembangan semasa dan patuh arahan pihak berkuasa. Berhati-hati di jalan raya dan jaga keselamatan masing-masing," katanya.

Iklan