Banjir: Anggota keselamatan bantu bawa jenazah ke kubur

Iklan
Anggota keselamatan membantu membawa jenazah seorang wanita warga emas ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang, Setiu pada Sabtu selepas laluan di kawasan berkenaan dinaiki air. - Foto ihsan Bomba

SETIU - Anggota keselamatan membantu membawa jenazah seorang wanita yang meninggal dunia di kediamannya di Kampung Sri Bayas, di sini selepas laluan ke tanah perkuburan dinaiki air pada Sabtu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Setiu, Penolong Penguasa Bomba Mohd Razli Rapiae berkata, pihaknya menerima panggilan jam 10.15 pagi bagi membawa jenazah warga emas tersebut ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang di sini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, difahamkan warga emas berusia 86 tahun itu meninggal dunia di kediamannya malam Jumaat akibat sakit tua dan telah disahkan oleh pihak kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Laluan ke tanah perkuburan di Jambatan Seri Bayas mula dinaiki air sejak awal pagi tadi menyebabkan keluarga berkenaan mengalami kesulitan untuk membawa keluar jenazah.

Iklan

"Pihak bomba dengan seramai 10 anggota dibantu empat anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta empat anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) berjaya membawa jenazah tersebut ke tanah perkuburan dengan menaiki bot penyelamat," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Beliau berkata, operasi bermula jam 10.15 pagi itu tamat jam 11.50 pagi.

Iklan