40,000 pelajar antarabangsa mohon sambung belajar di Malaysia

Iklan
Sebanyak 40,000 permohonan baharu telah diterima daripada pelajar antarabangsa untuk sambung pengajian di Universiti Awam dan IPTS di Malaysia setakat Disember 2021. - Foto 123RF

KUALA LUMPUR - Sebanyak 40,000 permohonan baharu telah diterima daripada pelajar antarabangsa untuk menyambung pengajian di Universiti Awam (UA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di Malaysia, setakat Disember 2021.

Penyedia perkhidmatan pendidikan Education Malaysia Global Services (EMGS) dalam satu kenyataan pada Sabtu memaklumkan, jumlah itu melepasi sasaran yang diunjurkan untuk tahun 2021.

Iklan
Iklan

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Radzlan Jalaludin berkata, pelajar antarabangsa terus menunjukkan minat untuk menyambung pengajian mereka di Malaysia, walaupun pihaknya menjangkakan prospek yang mencabar untuk tahun 2022.

"Kami juga telah melihat peningkatan drastik untuk permohonan pada peringkat pascasiswazah. Ini sememangnya satu pencapaian yang baik buat EMGS dan Malaysia secara keseluruhannya.

Iklan

"EMGS akan terus menyokong hasrat kerajaan untuk mencapai 250,000 pelajar antarabangsa menjelang tahun 2025 serta mempromosikan Malaysia sebagai sebuah hab pendidikan sejagat (Global),” katanya.

Pelajar tempatan dan luar negara serta ibu bapa boleh mendapatkan maklumat untuk menyambung pengajian di Malaysia melalui portal ‘Discover Education Malaysia’ yang telah dilancarkan EMGS pada 18 November tahun lepas.

Iklan

Sebelum ini, Bernama melaporkan bahawa dari tempoh 1 Januari hingga 31 Oktober 2021, EMGS merekodkan 33,000 permohonan pelajar antarabangsa bagi pelbagai peringkat termasuk diploma, ijazah dan sarjana bagi sesi pengambilan pengajian sesi 2022. - Bernama