NEW DELHI - Sekurang-kurangnya 12 orang maut dan ramai lagi cedera dalam kejadian rempuhan berhampiran sebuah kuil di Jammu, Kashmir pada Sabtu, lapor agensi berita Xinhua memetik kenyataan seorang anggota kanan polis.
Kejadian berlaku kira-kira 2.45 pagi waktu tempatan, selepas berlaku pertengkaran antara dua kumpulan lalu mengakibatkan orang ramai tolak-menolak dan kemudian berlaku kejadian rempuhan.