Selangor Mega Job Fair sedia 5,000 peluang kerja

Iklan
MOHD KHAIRUDDIN

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor bakal menganjurkan program Selangor Mega Job Fair 2019 pada Sabtu ini bermula jam 9 pagi hingga 5 petang bertempat di Dewan A, Maeps Serdang.

Exco Jawatankuasa Tetap Pembangunan Modal Insan Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, program berkenaan mendapat kerjasama daripada pihaknya bersama beberapa agensi lain seperti JobsMalaysia, Jabatan Tenaga Kerja Negeri Selangor dan Kementerian Sumber Manusia.

Iklan
Iklan

Mohd Khairuddin berkata penganjuran pada kali ini turut mendapat penyertaan menggalakkan daripada 180 syarikat berdaftar dan badan berunifom dengan jangkaan sebanyak 5,000 tawaran pekerjaan disediakan buat orang ramai.

"Sebelum ini, program ini dikenali sebagai Program Jom Kerja namun ia telah dijenamakan semula menjadi Selangor Job Fair pada tahun 2015 lalu," katanya dalam satu kenyataan.

Iklan
Selangor Mega Job Fair 2019 bakal menyediakan 5,000 peluang pekerjaan

Mengulas lanjut, Mohd Khairuddin yang juga merupakan Adun Paya Jaras memaklumkan bahawa sebelum ini, program tersebut hanya dianjurkan dengan skala kecil serta dilaksanakan di daerah-daerah Selangor dengan kekerapan tiga hingga empat program setahun.

Namun begitu, setelah kajian dibuat semula, beliau berkata program tersebut lebih memberi impak sekiranya dilaksanakan seiring dengan program berskala besar serta dianjurkan di lokasi mempunyai kepadatan penduduk tertinggi dan mudah di akses.

Iklan

"Anggaran kos bagi penganjuran Selangor Mega Job Fair 2019 pada tahun ini adalah sekitar RM150,000 dan ia merupakan program pertama berskala mega pada tahun ini memandangkan sambutan sangat menggalakkan pada pelaksanaan di Pusat Konvensyen Shah Alam pada tahun lalu," katanya.

Dalam pada itu, Mohd Khairuddin berkata selain sesi temuduga, program tersebut akan turut disertakan dengan beberapa aktiviti menarik seperti Klinik Kerjaya, Ceramah Kerjaya bersama JobsMalaysia Selangor, Pameran Informasi dan Kerjaya serta Pameran dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta.

Tambah beliau, penganjuran program sebegitu dapat menyediakan peluang kerjaya kepada masyarakat setempat sekali gus mengurangkan kadar pengangguran di negeri ini khususnya melibatkan golongan muda.

"Program ini juga bertujuan bagi membantu syarikat-syarikat yang memerlukan tenaga kerja khususnya di tahap kritikal dengan mendahulukan penglibatan daripada warga tempatan," katanya.