THAILAND mengesahkan status Raja Bola Sepak Asia Tenggara buat kali keenam apabila menewaskan Indonesia dalam perlawanan akhir dengan agregat 6-2 setelah terikat 2-2 dalam aksi kedua di Stadium Nasional, Singapura malam ini.
Skuad Gajah Perang yang tampil dengan kemenangan selesa 4-0 ke atas skuad Garuda dalam perlawanan akhir pertama di venue sama sebelum ini bagaimanapun terlebih dulu dikejutkan menerusi jaringan Ricky Kambuaya seawal minit ketujuh.
Iklan
Iklan
Namun Gajah Perang kendalian Alexandre Polking yang hanya memerlukan keputusan seri untuk menjulang kejuaraan tersebut kembali menyamakan kedudukan pada babak kedua hasil jaringan Adisak Kraisorn pada minit ke-54.
Gol itu ternyata menyemarakkan semangat para pemain Gajah Perang yang kemudiannya menggandakan jaringan menerusi Sarach Yooyen pada minit ke-56 untuk kedudukan 2-1.
Bagaimanapun skuad Shin Tae-yong yang tidak mengalah kemudian berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan Egy Maulana Vikri pada minit ke-80 untuk kedudukan 2-2 hingga tamat permainan.
Kejayaan menjulang kejuaraan Raja Bola Sepak Asia Tenggara edisi Singapura tersebut menyaksikan ia merupakan trofi keenam selepas edisi 1996, 2000, 2002, 2014 dan 2016 sebelum ini.
Artikel Berkaitan