KUALA LUMPUR - Sebanyak 22,859,803 individu atau 97.7 peratus populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam Sabtu.
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman CovidNow, sebanyak 23,151,949 individu atau 98.9 peratus daripada golongan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Iklan
Iklan
Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 87.6 peratus atau 2,756,306 telah melengkapkan vaksinasi manakala 2,847,794 atau 90.5 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.
Sementara itu, statistik harian menunjukkan sejumlah 40,729 dos vaksin telah diberikan pada Sabtu melibatkan 512 dos pertama, 754 dos lengkap dan 39,463 dos penggalak.
Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 57,745,456 dos dengan 6,329,155 daripadanya adalah dos penggalak. - Bernama
Artikel Berkaitan