LPPKN sedia khidmat kaunseling untuk mangsa banjir

Iklan
Mohd Nizar

PARIT - Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) menyediakan khidmat kaunseling dalam misi bantuan banjir di Selangor, Pahang dan terbaharu Johor.

Iklan
Iklan

Pengerusinya, Datuk Mohd Nizar Zakaria berkata, kejadian itu pastinya meninggalkan kesan mendalam terhadap penduduk yang telah kehilangan nyawa dan harta benda.

Menurutnya, sukarelawan LPPKNMove digerakkan bagi membantu memberikan motivasi serta menaikkan semangat mangsa banjir yang berada dalam keadaan sukar.

Iklan

"Peringkat pasca banjir ini kita bukan sahaja memberi bantuan tenaga dan barangan, kaunselor kita juga akan memberi sokongan dan semangat kepada mereka yang terkesan ketika kita bergotong-royong membersihkan kawasan.

Mohd Nizar (kanan) melihat barangan yang berjaya dikumpul di Pusat Pengumpulan Sumbangan untuk Mangsa Banjir di de'Arena @Pasir Gajah di Parit.

Iklan

"Ada beberapa fasa di Selangor, Kuala Lumpur dan Pahang ikut keperluan. Ada juga kakitangan yang terjejas, kumpulan kita akan pergi ke lokasi untuk hulurkan bantuan dan sumbangan. Ramai juga yang salurkan sumbangan untuk disampaikan kepada mereka terlibat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pertandingan Petanque peringkat Parlimen Parit di Pasir Gajah di sini pada Sabtu.

Mohd Nizar berkata, sahabat kafeTEEN Prihatin LPPKN turut dihantar bagi membantu membersihkan rumah kakitangan dan penduduk yang terjejas banjir.

"Ini satu entiti aktif dalam kalangan sukarelawan remaja yang bersemangat menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.

"Program ini dapat mendedahkan mereka rasa empati terhadap dugaan yang dihadapi mangsa selain menzahirkan keupayaan diri mereka sendiri dalam menghulurkan bantuan," ujarnya.