NEW DELHI - India menyumbang 500,000 dos vaksin Covid-19 Covaxin yang tidak aktif kepada Afghanistan dan akan menghantar jumlah vaksin yang sama tidak lama lagi, kata Kementerian Luar India pada Sabtu.
"Hari ini, India membekalkan kumpulan bantuan kemanusiaan seterusnya yang terdiri daripada 500,000 dos vaksin Covid-19 (Covaxin) kepada Afghanistan... Satu lagi kumpulan tambahan 500,000 dos akan dibekalkan dalam beberapa minggu akan datang," kata kementerian itu dalam satu kenyataan, menurut Sputnik.