Tiga parah nahas lori, bas ekspres

Iklan
Pemandu bas cedera parah, manakala lima penumpangnya selamat selepas terbabit dalam nahas di lebuh raya di Tapah. Foto: Ihsan polis.

TAPAH - Tiga lelaki cedera parah dalam nahas membabitkan sebuah bas ekspres dan lori sayur di Kilometer 345.8 Lebuh Raya Utara - Selatan arah utara di sini pada Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.10 malam itu, mereka yang cedera adalah pemandu bas berusia 36 tahun dan pemandu lori berusia 40 tahun yang masing-masing patah kaki, manakala kelindan berusia 20 tahun mengalami 'poly trauma'.

Iklan
Iklan

Seorang lagi kelindan iaitu remaja lelaki berusia 17 tahun dilaporkan mengalami luka ringan.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, lima penumpang bas ekspres terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita berusia 25 hingga 33 tahun selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Iklan

"Siasatan awal mendapati lori dinaiki mangsa bersama dua kelindannya yang sarat membawa muatan sayur telah terbabas dan melanggar pembahagi jalan di lorong kanan.

"Kejadian itu menyebabkan bas berkenaan melanggar lori terbabit lalu terbabas hingga naik ke atas besi pembahagi jalan di tengah lebuh raya," katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

Iklan

Menurutnya, siasatan mendapati punca kemalangan disebabkan lori berkenaan dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas.

"Mangsa yang cedera kini mendapatkan rawatan di Unit Kecemasan Hospital Tapah.

"Tiada tangkapan dilakukan dan polis sedang mengesan saksi bebas untuk siasatan lanjut. Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.