Mangsa Bot Karam

Iklan
Kegembiraan sembilan individu termasuk enam beradik berekreasi di Pantai Batu Payung semalam berakhir dengan tragedi, apabila perahu dinaiki mereka karam di perairan Batu Payung dipukul ombak, mengakibatkan dua beradik itu lemas dan kakak mereka Rahena, 20, masih belum ditemukan.

Operasi mencari Rahena masih diteruskan hari ini oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Bomba dan Penyelamat dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dibantu penduduk Kampung Batu Payung dan Tinagat.

Sementara itu, jenazah adik beradik Saiful Muhaimin, 15, dan adiknya Jaidi, 5, ditemukan dan akan dihantar ke Hospital Tawau untuk bedah siasat hari ini.

Saiful ditemukan di laut manakala adiknya Jaidi, 5, terdampar di persisir pantai. - Foto Bernama