Penduduk Pulau Tiga bakal dapat tapak rumah baharu

Iklan
Muhammad Sanusi

ALOR SETAR - Pegawai Daerah Kuala Muda, Abdullah Hashim akan berusaha mendapatkan lokasi tanah kerajaan bersesuaian bagi membantu penduduk Pulau Tiga yang diarahkan berpindah.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, beliau memohon bantuan daripada pegawai daerah untuk memastikan 30 buah keluarga terlibat dapat mendirikan rumah di tapak yang baharu.

Iklan
Iklan

Katanya, Menteri Besar pada tahun 2014 sebelum ini pernah berjanji membantu penduduk - penduduk berkenaan namun tiada sebarang tindakan diambil.

"Apabila Mahkamah Tinggi sudah membuat penghakiman, kerajaan tidak boleh lagi campur tangan kerana konsep pengasingan kuasa dalam sistem tidak membenarkan perkara itu," katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.

Iklan

Menurut Muhammad Sanusi, beliau berharap usaha pegawai daerah dan pegawai-pegawai Pejabat Tanah Kuala Muda akan menemui jalan penyelesaian.

"Semoga ada sinar yang cerah untuk mereka semua.

Iklan

Cuma sementara urusan pencarian ini dapat diselesaikan, penduduk perlu berikhtiar sendiri mencari rumah sewa atau penempatan sementara yang ada di sekitar mereka," katanya.

Dalam notis yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi, penduduk yang tinggal di kawasan terbabit diarahkan berpindah pada 3 Januari 2022.