JOHOR BAHRU - Angkatan Pertahanan Awam (APM) Johor membantu memindahkan seorang mangsa banjir yang positif Covid-19 dari rumahnya di Felda Palong Timur, Batu Anam, Segamat untuk dibawa ke Hospital Daerah Segamat (HDS) pada Ahad.
Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, R Vidyananthan berkata, pihak APM mendapat maklumat dan arahan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Segamat untuk membawa wanita berusia 40-an itu ke HDS pada sebelah pagi.
Iklan
Iklan
"Wanita berkenaan dibawa oleh anggota APM yang memakai kelengkapan perlindungan diri (PPE) menggunakan lori APM.
"Selain itu, 10 mangsa banjir dari sebuah keluarga yang sedang menjalani kuarantin di rumah mereka di Kampung Bukit Raja Darat, Pengerang juga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Teluk Ramunia pada jam 7.30 pagi Ahad," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.
Dalam pada itu, Vidyananthan berkata, jumlah mangsa banjir di Johor melibatkan daerah Segamat, Tangkak dan Kota Tinggi terus meningkat kepada 2,022 pada jam 4 petang berbanding 1,827 pada jam 12 tengah hari Ahad.
"Jumlah itu melibatkan 512 keluarga yang kini ditempatkan di 37 PPS," katanya.
Artikel Berkaitan