Banjir: Dua keluarga di Kuala Langat diarah berpindah

Iklan
Pihak bomba menasihatkan penduduk berpindah ke tempat yang lebih selamat ekoran banjir yang berlaku di Kampung Sungai Nangka, Banting, pada petang Ahad.

KUALA LANGAT - Dua keluarga di Kampung Sungai Nangka, Banting di sini diarah untuk berpindah ke Dewan Orang Ramai Sri Langat, Banting di sini berikutan banjir yang melanda kawasan tersebut, pada Ahad.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.30 petang dan bergegas ke lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

Menurutnya, seramai tujuh orang anggota berlainan pangkat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting tiba di lokasi kejadian pada jam 8 malam mendapati paras air berada pada ketinggian 0.61 meter dan terus meningkat.

"Terdapat dua keluarga yang berpindah ke Dewan Orang Ramai Sri Langat, Banting di sini, manakala penduduk lain sedang disarankan untuk berbuat demikian.

Iklan
Iklan

"Pemantauan berterusan dilakukan di sekitar lokasi," katanya dalam satu laporan, pada Ahad.