Raducanu tidak sertai kejohanan pemanas badan

Iklan
Emma Raducanu - Foto AFP

JUARA Terbuka Amerika Syarikat (AS), Emma Raducanu yang positif Covid-19 sebelum ini, menarik diri daripada kejohanan pemanas badan Terbuka Australia di Melbourne minggu ini setelah selesai menjalani proses kuarantin, katanya.

Raducanu, yang muncul peserta kelayakan pertama memenangi Grand Slam di Flushing Meadows pada September lalu, menarik diri daripada pertandingan pertunjukan Kejohanan Tenis Dunia Mubadala di Abu Dhabi bulan lalu selepas dijangkiti virus itu.

Iklan
Iklan

Pemain berusia 19 tahun itu dijadualkan mengetuai salah satu daripada dua kejohanan pemanas badan WTA 250 wanita di Melbourne Park - digelar Melbourne Summer Set - dari 4 hingga 9 Januari.

"Masa untuk bertanding dalam acara Melbourne pertama minggu ini terlalu cepat bagi saya, baru pulang dari pengasingan,” Raducanu dipetik sebagai berkata oleh penganjur.

Iklan
Iklan

Pemain nombor 19 dunia itu juga dijadualkan beraksi di Sydney Classic sebelum membuat penampilan sulungnya pada Terbuka Australia 17 hingga 30 Januari.