CAPE TOWN - Seorang lelaki berjaya ditangkap kerana disyaki membakar Parlimen Afrika Selatan di Cape Town pada Ahad dan dijangka dihadapkan ke sebuah mahkamah pada Selasa, kata polis.
Menurut BBC, seorang jurucakap polis menyatakan lelaki itu menghadapi tuduhan sengaja melakukan kebakaran, pecah bangunan dan kecurian.