[VIDEO] Penunggang motosikal nyaris hanyut

Iklan
Anggota bomba menggunakan tali untuk menyelamatkan mangsa yang hanyut dalam kejadian di Bukit Sengit Pogoh, Segamat, pada Isnin.

SEGAMAT - Seorang penunggang motosikal bernasib baik apabila sempat berpaut pada sebatang pokok selepas hanyut dibawa arus banjir dalam kejadian di Bukit Sengit Pogoh di sini pada Isnin.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Segamat, Penguasa Bomba Kanan II Kenny Ismol Abd Rahman berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu selepas mendapat maklumat awam pada jam 7.58 pagi.

Iklan
Iklan

Susulan itu katanya, seramai enam anggota dikejarkan ke tempat kejadian untuk menyelamatkan mangsa, Nor Ibrahim Ariffin, 37.

"Mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha RXZ hanyut dibawa arus deras ketika cuba merentas jalan yang sedang dinaiki air.

Iklan

"Namun mangsa berjaya berpaut pada sebatang pokok dan pihak bomba bertindak menyelamatkan mangsa menggunakan tali penyelamat dan membawa mangsa ke kawasan yang selamat," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, operasi tersebut tamat pada jam 8.30 pagi.

Iklan
Nor Ibrahim (tengah) berjaya diselamatkan pihak bomba selepas hanyut dibawa arus banjir dalam kejadian di Bukit Sengit Pogoh, Segamat, pada Isnin.