Paras sungai utama di Negeri Sembilan mula menurun

Iklan
Beberapa kenderaan cuba meredah Jalan Jelai-Gemas Tambahan iaitu laluan alternatif menuju ke Gemas berikutan laluan utama ditutup akibat limpahan air sungai ekoran hujan lebat pada Selasa. - Foto Bernama

SEREMBAN - Paras air di kebanyakan sungai utama di Negeri Sembilan menunjukkan trend penurunan setakat jam 1 tengah hari, pada Isnin.

Bagaimanapun berdasarkan laporan dikeluarkan Bahagian Pengurusan Sumber Air Dan Hidrologi, Jabatan Pengairan Saliran Negeri Sembilan, tiga sungai masih di paras bahaya.

Iklan
Iklan

Sungai berkenaan ialah Sungai Muar@ Pekan Rompin Daerah Jempol yang mencatatkan bacaan 37.14m berbanding paras normal 28.50m dan Sungai Gemencheh@ @ Empang Sungai Dua Daerah Tampin yang mencatatkan bacaan 38.57 berbanding paras normal 36.50m.

Selain itu Sungai Muar @ Kg Berembang Daerah Kuala Pilah yang mencatatkan bacaan 63.50m berbanding paras normal 61.80m.

Iklan

Satu sungai menunjukkan paras amaran iaitu Sungai Serting @ Serting Ulu Daerah Jempol yang mencatatkan bacaan 74.27 berbanding paras normal 72.00m.

Sementara itu Sungai Rembau @ Titian Bintangor Daerah Rembau pula menunjukkan paras waspada dengan mencatatkan bacaan 4.12m berbanding paras normal 3.90m.

Iklan