Padah 'potong Q'

Iklan
Kenderaan memotong Q di Jalan Seremban-Bukit Nenas dikenakan saman dalam operasi pada Sabtu.

SEREMBAN - Polis Trafik mengeluarkan saman kepada 23 individu yang didapati memotong kenderaan lain melalui Operasi Potong 'Q' di Jalan Seremban - Bukit Nenas di sini pada Sabtu.

Operasi yang dilaksanakan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis(IPD) Seremban pada jam 7.45 pagi itu turut membabitkan 40 saman lain di atas pelbagai kesalahan.

Iklan
Iklan

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik(JSPT) Negeri Sembilan, Superintendan Shafiei Muhammad berkata, lokasi itu kerap dilaporkan berlaku kesalahan potong Q dan ia merupakan satu kesalahan lalu lintas yang boleh menyumbang kepada kemalangan jalan raya.

Menurutnya, melalui pemeriksaan terhadap 51 buah kenderaan, 23 kesalahan memotong 'Q', tiada lesen memandu (5), aksesori (6), lesen kenderaan motor (3) dan gagal menunjukkan lesen (3).

Iklan

"Pengguna jalan raya dinasihatkan mematuhi peraturan ditetapkan kerana tindakan memotong barisan boleh menyusahkan orang lain," katanya.

Iklan