MARANG - Tinggal berjauhan dengan bapa demi menimba ilmu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Lela Segara tidak mematahkan semangat Nur Atiqah Syuhadah Hamdan, 18, untuk berjaya.
Bapanya, Hamdan Mohamad, 49, merupakan Pegawai Dietetik di Hospital Sultan Abdul Halim di Sungai Petani, Kedah dan hanya pulang ke Terengganu dua minggu sekali untuk bertemu keluarganya.
Iklan
Iklan
Anak kedua dari enam beradik itu berjaya memperoleh keputusan cemerlang 9A+ dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan hari ini dan menyifatkan keputusan itu di luar jangkaan.
Nur Atiqah berkata, dia berhasrat untuk menyambung pengajian di luar negara dalam jurusan perubatan kesihatan kerana bersesuaian dengan minatnya namun bergantung kepada keadaan semasa.
"Saya sebenarnya masih tidak sangka berjaya memperoleh keputusan cemerlang. Ini adalah hadiah kepada kedua ibu bapa yang banyak berjasa dan berkorban untuk melihat saya berjaya,” katanya.
Dalam pada itu, kegembiraan meraih kejayaan cemerlang itu turut dikongsi bersama ibunya, Saniah Ibrahim, 48, yang merupakan seorang guru di SMK Panji Alam, Kuala Terengganu.
Artikel Berkaitan