Bomba Selangor terima dua aduan ban pecah

Iklan
JPS sedang membaik pulih ban pecah di rumah pam Kampung RTB Bukit Changgang pada Isnin.

SHAH ALAM - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menerima dua aduan berhubung ban pecah berikutan fenomena air pasang besar di negeri tersebut.

Pengarahnya, Norazam Khamis berkata, kejadian ban pecah pada jam 10 pagi Isnin itu dikesan di rumah pam Kampung Rancangan Tanah Baharu (RTB) Bukit Changgang.

Iklan
Iklan

"Benteng terbabit sedang dibaik pulih oleh pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Norazam berkata, pada masa ini pam sudah beroperasi dan pam gantian juga dalam keadaan siap sedia.

Iklan

Katanya, lokasi kedua ban pecah dilaporkan berlaku di belakang sebuah pondok di Labohan Dagang.

Katanya, seramai lapan anggota dari BBP Banting sudah digerakkan ke tempat kejadian ban pecah.

Iklan

"Pemantauan mendapati air melimpah melepasi benteng, namun keadaan kembali surut dan sehingga kini anggota kami berada di lokasi bersama pihak JPS," katanya.

Fenomena air pasang besar dijangka berlaku di Selangor bermula dari Isnin sehingga Rabu ini.

Beberapa kawasan berisiko di Klang, Kuala Langat, Sabak Bernam dan Kuala Selangor.