Lelaki dikhuatiri lemas ketika memukat

Iklan
Unit K9 anjing pengesan turut berada di lokasi untuk operasi SAR mangsa dikhuatiri lemas di Kampung Lambidan, Kuala Penyu.

KUALA PENYU - Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika memukat ikan bersama adiknya di Pantai Kampung Lambidan, di sini pada Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi, mangsa Mohammad Sahrijan Sani, 39, dikatakan gagal menyelamatkan diri sebelum hilang dibawa ombak.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Penyu, Awang Mohd Sabree berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.59 pagi.

Katanya, menurut laporan, mangsa keluar memasang pukat bersama adiknya sekitar jam 12 tengah malam Isnin dan balik semula ke rumah mereka.

Iklan

"Pada jam 6.30 pagi tadi, mangsa dan adiknya turun semula ke laut untuk melihat hasil tangkapan namun kedua-dua mereka lemas sebelum adik mangsa berjaya menyelamatkan diri.

"Dia kemudiannya pulang ke rumah kira-kira jam 7.30 pagi untuk memaklumkan kepada isteri mangsa," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Iklan

"Seramai 10 anggota dari BBP Kuala Penyu dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 38 kilometer. Operasi mencari turut dibantu oleh Unit K9 anjing pengesan namun sehingga kini mangsa belum ditemui," katanya