Kanak-kanak jumpa bom lama ketika mandi sungai

Iklan
Bom lama jenis mortar practice inert yang ditemui sekumpulan kanak-kanak yang sedang mandi-manda di Sungai Gertak Kertitir, Pengkalan Datu, Pasir Tumboh, Kota Bharu pada Isnin.

KOTA BHARU - Sekumpulan kanak-kanak yang sedang mandi-manda di Sungai Gertak Kertitir, Pengkalan Datu, Pasir Tumboh di sini dikejutkan dengan penemuan sebutir bom lama pada Isnin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Mohd Suhaimi Ali berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung penemuan bom itu pada jam 4.55 petang.

Iklan
Iklan

"Sejurus menerima panggilan itu, sepasukan anggota Unit Pemusnahan Bom (UPB) dari Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kelantan telah digerakkan ke lokasi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut di lokasi mendapati bahan yang dijumpai itu ada sebutir bom lama jenis mortar practice inert.

Lokasi penemuan sebutir bom lama di Sungai Gertak Kertitir, Pengkalan Datu, Pasir Tumboh pada Isnin.

Iklan

Katanya, bom itu kemudian dibawa balik ke pangkalan untuk tujuan permusnahan oleh UPB.

Sebelum itu tular di laman sosial Facebook mengenai penemuan bom lama itu.

Iklan