Institusi pendidikan terkesan banjir beroperasi selepas bersedia

Iklan
Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Mohamad Alamin (tiga dari kiri) melihat kesan kerosakan pada Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Sapi yang terjejas akibat banjir hari ini. - Foto Bernama

SHAH ALAM - Institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang terkesan banjir hanya akan beroperasi setelah ia berada dalam keadaan bersedia.

Menurut kenyataan KPM, senarai institusi yang terlibat banjir atau yang dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) akan terus dipantau dan dikemas kini setiap Rabu.

Iklan
Iklan

"KPM ingin memaklumkan bahawa status institusi pendidikan KPM yang terkesan dengan banjir sehingga 3 Januari 2022 melibatkan 18 institusi pendidikan, melibatkan 16 sekolah rendah dan dua sekolah menengah masih dinaiki air.

"Sementara itu, 87 institusi pendidikan masih dijadikan PPS dan lapan institusi pendidikan yang telah terkesan akibat banjir dan belum bersedia untuk beroperasi,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Iklan

Mengulas lanjut, menurut KPM, perubahan senarai yang dikeluarkan oleh KPM adalah tertakluk kepada situasi semasa bencana banjir dan mungkin terdapat pertambahan atau pengurangan bilangan institusi pada setiap minggu.

Tambahnya, senarai tersebut boleh diakses melalui laman sesawang KPM https://www.moe.gov.my/.

Iklan

"Bagi institusi pendidikan yang telah selesai dibersihkan dan bersedia untuk kembali beroperasi, pengoperasian institusi pendidikan akan bermula pada hari Ahad atau Isnin minggu persekolahan berikutnya,” ujarnya.

Jelas KPM, institusi pendidikan bawah KPM adalah merujuk kepada sekolah, kolej vokasional, kolej matrikulasi dan institut pendidikan guru.

"la juga terpakai kepada sekolah swasta yang berdaftar bawah KPM. KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik,” katanya.