Mesir gesa Israel-Hamas bertenang

Iklan
Menara Al-Jawhara di Gaza City musnah selepas menjadi sasaran serangan udara Israel pada Mei lalu. - AFP

KAHERAH - Pegawai Mesir pada Ahad menggesa Israel dan pergerakan Hamas yang mentadbir Semenanjung Gaza supaya mematuhi gencatan senjata yang berkuat kuasa sejak Mei lalu.

Usaha Mesir itu diumumkan sehari selepas Hamas melancarkan serangan roket ke Laut Mediterranean berhampiran tengah Israel.

Iklan
Iklan

Pelancaran roket itu mendorong tindak balas Tel Aviv apabila menyasarkan kedudukan Hamas di selatan Gaza.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dalam serangan tersebut.

Iklan

Pegawai terbabit yang enggan mendedahkan identitinya meminta Hamas dan kumpulan lain di Gaza supaya menghentikan tindakan mereka yang disifatkan Israel sebagai provokatif.

"Kedua-dua pihak tidak mahu perang besar-besaran. Mereka hanya mahu jaminan,” kata pegawai terbabit.

Iklan
Pejuang Palestin melancarkan roket ke arah laut ketika menyertai latihan ketenteraan di Rafah di selatan Semenanjung Gaza. - AFP

Pada Ahad, tentera Israel menyatakan pihaknya melancarkan serangan ke atas tapak pengeluaran roket dan pangkalan tentera milik Hamas di Gaza sebagai tindak balas kepada serangan roket pada Sabtu.

Sementara itu, Perdana Menteri Naftali Bannet dalam ucapan pembukaan pada sidang mingguan kabinet berkata, mana-mana pihak yang melancarkan misil ke Israel akan menerima padah.

Israel mengekalkan sekatan ke atas kawasan yang miskin itu sejak 2007 iaitu pada tahun Hamas mengambil alih kuasa.

Tahun lalu, Hamas melancarkan serangan roket bertalu-talu ke arah Israel ketika konflik 11 hari tercetus akibat ketegangan di Baitulmaqdis.

Gencatan senjata yang longgar berkuat kuasa pada akhir Mei dan sejak itu hanya lima roket atau peluru mortar dilepaskan dari Gaza ke arah wilayah Israel. - Agensi

Tentera Israel menempatkan kereta kebal mereka di sepanjang sempadan Gaza yang dikepung sejak 2007. - AFP