Jumpa ibu kandung selepas diculik lebih 30 tahun

Iklan
Li Jingwei memeluk ibunya ketika berjumpa buat pertama selepas diculik lebih 30 tahun lalu di Yunnan baru-baru ini. - Foto Weibo/ Beijing News

BEIJING - Seorang pemuda yang diculik lebih dari 30 tahun lalu akhirnya bertemu kembali dengan ibu kandungnya baru-baru ini setelah dia berjaya melukis sebuah peta kampung yang diingatinya.

Pemuda itu, Li Jingwei, 37, baharu berusia empat tahun ketika dia diculik dan dijual kepada satu sindiket pemerdagangan kanak-kanak.

Iklan
Iklan

Namun pada 24 Disember lalu, dia berkongsi peta yang dilukis dengan tangan dan menyiarkannya ke aplikasi perkongsian video, Douyin.

Polis kemudian memadankan peta itu dengan sebuah desa kecil dan mengaitkannya dengan seorang wanita yang telah kehilangan seorang anak lelaki sejak sekian lama.

Iklan

Selepas ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dilakukan, mereka bertemu kembali di wilayah Yunnan pada Sabtu lalu.

Dalam satu rakaman video perjumpaan itu, Jingwei bertindak menanggalkan pelitup muka yang dipakai ibunya untuk memeriksa wajahnya sebelum menangis dan memeluk wanita tersebut.

Iklan

Jingwei diculik berhampiran bandar Zhaotong di Yunnan pada tahun 1989 dan kemudian dijual kepada keluarga yang tinggal lebih dari 1,800 kilometer dari rumah asalnya.

Jingwei melukis gambar rumahnya sekurang-kurangnya sekali sehari untuk mengingati tempat kelahirannya itu. - Agensi