NEW YORK - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres pada Isnin mengalu-alukan kenyataan bersama pemimpin negara bersenjata nuklear, Rusia, China, Amerika Syarikat, Britain dan Perancis berhubung pencegahan perang nuklear dan menghindari perlumbaan penghasilan senjata, kata jurucakapnya.
"Setiausaha agung itu menghargai pengiktirafan negara bersenjata nuklear tentang keperluan mematuhi perjanjian dan komitmen pengawalan senjata bilateral (dua hala) dan multilateral (berbilang hala) serta pelucutan senjata, termasuk memenuhi kewajipan di bawah Rundingan Terhadap Pengawalan Senjata Nuklear yang berkaitan dengan pelucutan senjata nuklear," Xinhua memetik jurucakap Stephane Dujarric sebagai berkata.