Jalan Kinabalu arah Cheras ditutup akibat tanah mendap

Iklan
Kerja-kerja pembaikan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dijangka mengambil masa dua hingga ke tiga hari. - Foto ihsan ITIS DBKL

KUALA LUMPUR - Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur telah menutup laluan di Jalan Kinabalu arah Cheras di belakang Rumah Persekutuan susulan insiden tanah mendap yang mengakibatkan jalan berlubang pada Selasa.

Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, laluan tersebut telah ditutup bagi semua kenderaan pada jam 10.30 pagi.

Iklan
Iklan

"Kerja-kerja pembaikan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dijangka mengambil masa dua hingga ke tiga hari," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Sarifudin berkata, pengguna jalan raya dinasihatkan agar tidak menggunakan laluan tersebut dan mematuhi papan tanda arahan yang telah disediakan.

Iklan

"Laluan alternatif yang disediakan adalah dari arah Selayang yang hendak ke Cheras dan selatan dilencongkan ke Bulatan Dato’ Onn, Jalan Parlimen dan seterusnya ke Jalan Sultan Iskandar dan ke selatan semula.

"Kenderaan dari arah Jalan Maharajalela, Bulatan Sultan Muhammad serta Bulatan Hishamuddin dilencongkan terus ke Jalan Raja untuk ke pusat bandar atau ke arah utara," katanya.

Iklan

Beliau berkata, kenderaan daripada arah Jalan Parlimen masuk ke Bulatan Dato’ Onn akan dilencongkan ke Jalan Kuching manakala kenderaan daripada Jalan Tun Perak ke Bulatan Dato’ Onn dihalakan terus ke Jalan Parlimen.

Sarifudin memaklumkan orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana-mana balai polis berhampiran.