Kenapa Rohingya mahu ke Malaysia dan Indonesia sahaja?

Iklan
Bot dipenuhi pelarian Rohingya dipercayai di perairan Indonesia.

PENGHUJUNG tahun lalu, pihak berkuasa Indonesia telah menunda sebuah bot yang sarat dengan puluhan warga Rohingya di lautan kerana tidak dibenarkan mendarat ke pesisir pantai wilayah Acheh, Indonesia.

Bot dipenuhi sekurang-kurangnya 100 individu itu kemudiannya dihalau ke perairan Malaysia.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun atas dasar kemanusiaan, Indonesia menunda bot berkenaan dan berlabuh di Pelabuhan Kruengkeukuh, Kota Lhokseumawe, dekat Aceh.

Umum mengetahui bahawa etnik itu melarikan diri dari kem perlindungan di Bangladesh untuk membina kehidupan baharu di negara orang terutamanya Malaysia dan Indonesia.

Iklan

Merak Jalanan teringat sewaktu menemu bual seorang warga Rohingya yang sudah lebih 20 tahun menetap di Klang, Selangor. Siap ada sekolah dan perkampungan lagi. Mereka sepakat mengatakan Malaysia mahupun Indonesia dapat menjamin kelangsungan hidup mereka.

Merak Jalanan pernah bertanya mengapa tidak memperjuangkan nasib di negara sendiri. Jawapannya mereka hanya terdiam. Setakat ini di Malaysia terdapat lebih 200,000 etnik Rohingya. Itu jumlah yang berdaftar.

Iklan

Sewaktu di kedai kopi, kawan Merak Jalanan ada bertanyakan soalan, kenapa Rohingya ini terus jadikan Malaysia sebagai lokasi pelarian?

Merak Jalanan pun tiada jawapan. Tapi apa yang terlintas difikirkan, mungkin Malaysia ini baik sangat.

Tengoklah ramai yang berjuang dan ada persatuan Rohingya di sini.

Merak Jalanan bukan mahu mendiskriminasikan pelarian Rohingya tetapi cukuplah. Jangan datang lagi ke Malaysia, kami sekarang ini bergelut untuk hidup angkara Covid-19.

Harapan Merak Jalanan hanya satu, berjuanglah di tanah air sendiri dan bukan melarikan diri. Sampai bila isu ini akan berakhir jika kalian sentiasa melarikan diri daripadanya.