Covid-19: Lagi 31 kematian baharu direkodkan

Iklan
KKM melaporkan 31 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kepada 31,591 orang. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 31 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kepada 31,591 orang, daripada 2.76 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Iklan
Iklan

Menurut data KKM di portal CovidNow, sembilan daripada 31 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Iklan

Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 39,682 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Iklan

Daripada jumlah itu, 32,421 individu atau 81.7 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 3,522 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 3,487 kes dirawat di hospital dan 252 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 118 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 134 lagi memerlukan mesin ventilator. - Awani